Moga kamu mengerti wahai insan bergelar Lelaki



apa yg kami (perempuan) mahukan hanyalah layanan yg tidak berubah drpd sang kekasih...
tapi ramai lelaki yg tak mengerti akan itu...
bagi mereka, kami terlalu complicated...
tapi hakikatnya, mereka yg tidak cuba mengenali diri kami..

betapa sweetnye perangai si dia ketika dlm proses nk tackle hati kami..
sms non-stop...
sentiasa bergurau-senda...
sentiasa bergelak ketawa...
ada saje yg si dia buat untuk menawan hati kita...
tapi sayangnya..
semua tu berubah sikit demi sedikit sebaik sahaja ikatan terjalin..

tiada lagi sambaran tangan dari si dia..
tiada lagi genggaman tangan dr si dia ketika di dlm kereta..
tiada lagi gurauan senda..
tiada lagi ucapan selamat pagi..
tiada lagi "I Love You Sayang"..
tiada lagi pertanyaan khabar dr si dia...
tiada lagi keriangan...
tiada lagi rutin harian yg dulu..

dulu pada jam sekian2 text msg dye mst akan masuk..
kami dengan setia menunggu waktu tu tiba sbb x nk lambat bls text msg dr si dia..
tapi makin hari yg kami dapat hanyalah skrin yg kosong..
tiada deringan lagu khas untuk si dia pun..

x pe..
kami hanya bersabar..
dengan senyuman berkata "dye busy ni"..
hanya tuk menyenangkan hati yg gundah...

layanan seperti biasa kami beri untuk si dia..
sentiasa senyum, suara sentiasa ceria..
sentiasa cube untuk bergurau senda..
sentiasa cube memberikan layanan yg sebaiknya dan termampu untuk si dia walaupun kami tahu ianya tidak mencukupi...
sentiasa cuba menyorokkan kesedihan di hati atas layanan "baru" si dia...

myb si dia x nampak kasih sayang n pengorbanan yg diberi..
mungkin layanan yg kami berikan tidak mencukupi quota hinggakan si dia bercerita kepada teman bahawa kebahagiaan yg didoakan oleh teman hanya tinggal harapan..
terkedu saat terbaca kata2 si dia...
sudah tawar hatikah si dia dengan kami?
apa kesalahan kami sehinggakan si dia boleh berkata begitu...
tidak bahagia kah si dia?

ya, mungkin kami tidak sebagus yg dulu...
tidak sepandai gadis terdahulu yg cukup pandai mengambil hati si dia..
yg cukup pandai melayan..
yg sempurna segala serbi di mata dia..
sebal sungguh rasa di hati saat mendengar kata pujian si dia terhadap gadis terdahulu..
betapa jatuh cinta nya si dia dgn layanan terbaik diberikan oleh si gadis...
tapi, kami tetap tersenyum dan berkata di dalam hati "x mengapa, mungkin itu hanyalah hint si dia untuk kita jadi yg terbaik"

tapi tak sedarkah dia bahawa kami semua berlainan?
si dia sepatutnya mengerti bahawa si dia tidak boleh mengecap semua keindahan antara si dia dengan gadis terdahulu apabila bersama dengan yg baru..
setiap manusia ada kekurangannya..

ya, si dia layak dilayan bagai raja..
tapi x sedarkah si dia bahawa kami juga layak dilayan bagai permaisuri?
kami x mahukan hadiah yg mahal..
kami x mahukan emas permata..
yg kami mahukan hanyalah kasih sayang, penghargaan, dan layanan yg tidak berubah dari dia..
sebagai mana si dia yg dulu, ketika dlm proses perkenalan...
begitulah selamanya malah lebih lagi klu mampu..
itu sahaja..
tapi ramai lelaki yg terlepas pandang..
mungkin bagi mereka, mereka tahu yg kami betul2 sayangkan mereka, mereka bole berubah mcm dulu lepas berjaya menawan hati kami..

pesanan daripada kaum hawa...

Hargailah kami di saat kami masih berada di sisi kamu wahai kaum adam..

Hargailah segala layanan kami, kasih sayang kami dan pengorbanan kami dengan layanan yg setimpal..
Janganlah kamu berubah hanya disebabkan oleh salah paham yg kecil itu..
Janganlah kamu cepat membuat andaian tentang masa depan hubungan kamu itu sedangkan kamu belum pun mengenali dengan sepenuhnya kaum hawa yg sentiasa berada di sisi kamu, yg x pernah bosan mendengar celoteh & bebelan kamu, yg x pernah putus memberikan kata2 semangat ketika kamu dalam kerisauan dan kesusahan, yg x pernah putus memikirkan cara untuk menawan hati kamu lebih baik drpd gadis terdahulu, yg x pernah putus memberikan senyuman walaupun hati si hawa itu berasa amat perit sekali dengan cara kamu..yg tetap bertahan for the sake of the relationship....

kerana si hawa itu sangat sayang pada kamu wahai si adam....

0 comments:

Post a Comment